Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis frekuensi banjir serantau di Semenanjung Malaysia berdasarkan pendekatan LQ-momen

Shabri, Ani and Jemain, Abdul Aziz (2007) Analisis frekuensi banjir serantau di Semenanjung Malaysia berdasarkan pendekatan LQ-momen. Jurnal Teknologi (47C). pp. 45-58. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
778kB

Official URL: http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnal...

Abstract

Kertas ini bertujuan menjalankan kajian analisis frekuensi banjir serantau bagi aliran sungai tahunan maksimum di Semananjung Malaysia menggunakan pendekatan LQ-momen. Kaedah LQ-momen dibangunkan untuk digunakan dalam analisis frekuensi banjir serantau bagi mengukur keserasian data, kehomogenan rantau dan pengujian pemadanan bagi mengenal pasti taburan serantau terbaik. Algoritma Gustafson-Kessel (GK) diperkenalkan dalam mengenal pasti rantau homogen Semenanjung Malaysia, dan telah menghasilkan enam rantau homogen yang diuji menggunakan kaedah LQ-momen. Hasil kajian ini menyokong bahawa kaedah LQ-momen secara umumnya berupaya, ringkas dan teguh. Ini membuatkan ianya sebagai alternatif pilihan untuk digunakan dalam analisis frekuensi banjir serantau.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:LQ-momen; L-momen; Gustafson-Kessel; analisis frekuensi banjir serantau; pengujian kesesuaian
Subjects:Q Science > QA Mathematics
Divisions:Science
ID Code:9410
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:04 Nov 2009 01:05
Last Modified:25 Apr 2017 09:28

Repository Staff Only: item control page