Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkongsian maklumat geologi dan ekologi melalui Sistem Pemetaan dan Pengkalan Maklumat

Shamsir, Shahrir and Ali Akhbar, Muhammad Al - Hadi and Nik Wan, Nik Ahmad Firdaus (2009) Perkongsian maklumat geologi dan ekologi melalui Sistem Pemetaan dan Pengkalan Maklumat. Persidangan Kebangsaan Warisan Geologi Malaysia ke 6 .

[img]
Preview
PDF (Perkongsian maklumat geologi dan ekologi melalui Sistem Pemetaan dan Pengkalan Maklumat)
Available under License Creative Commons Attribution No Derivatives.

25kB

Abstract

Penggunaan internet yang meluas serta ketibaan Web 2.0 dimana sumber maklumat kini adalah dari pengguna menyebabkan kami membangunkan sebuah pengkalan maklumat dan sistem pemetaan spesis untuk membantu penyelidik-penyelidik kepelbagaian biologi di Malaysia Memandangkan, peta-peta berkaitan kepelbagaian biologi secara lazimnya berbentuk analog, pembangunan sistem ini juga termasuk proses mendigitalkan peta analog untuk memudahkan rujukan para pengkaji seperti maklumat alam sekitar seperti kontor, kecerunan, sistem saliran (sungai, tasik, empangan) dan kawasan hutan. Maklumat – maklumat kadaster dan tematik juga dimuatnaik seperti data terperinci sempadan seperti mukim, daerah, rangkaian jalanraya dan maklumat gunatanah negeri dan daerah seperti Langkawi, Mersing dan Pangkor. Maklumat kepelbagaian biologi yang menunjukkan taburan spesis dari sumber arkib juga telah diambil dari Global Biodiversity Information Facility (GBIF) untuk peringkat skala perintis. Pengkalan ini juga mempunyai keupayaan untuk memetakan maklumat spesis yang di jumpai di negeri-negeri Semenanjung. Pengkalan maklumat ini kini dibuka kepada semua penyelidik yang berminat secara percuma di http://birg2.fbb.utm.my

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:internet, web 2.0, maklumat, penyelidik
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions:Biosciences and Bioengineering
ID Code:9405
Deposited By: Mohd Shahir Shamsir
Deposited On:30 Oct 2009 08:17
Last Modified:23 Oct 2017 08:47

Repository Staff Only: item control page