Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengajaran sains dalam bahasa Inggeris dari perspektif guru pelatih sains

Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari (2008) Pengajaran sains dalam bahasa Inggeris dari perspektif guru pelatih sains. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 107-121. ISSN 1394-1801

Full text not available from this repository.

Abstract

Artikel ini membincangkan pandangan bakal guru sains terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan meminta setiap responden mengutarakan pendapat masing-masing berkenaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Seramai 85 pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan UTM telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis kandungan telah diaplikasikan bagi menganalisis kesemua dapatan yang diperolehi. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati sebahagian besar bakal guru sains sangat bersetuju pengajaran dan pembelajaran sains dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Bakal guru sains juga turut menyatakan kesediaan untuk melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan mengukuhkan penguasaan strategi pengajaran sains yang pelbagai supaya berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains serta menambahbaik tahap kefahaman pelajar terhadap konsep sains yang sebenar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:teaching children science, english as a language of science, science teacher
Subjects:Q Science > Q Science (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:9284
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:04 Sep 2009 08:38
Last Modified:02 Jun 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page