Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaedah pengajaran pemodelan bongkah 3-dimensi bagi meningkatkan kemahiran visualisasi

Nordin, Mohd. Safarin and Saud, Muhammad Sukri and Subari, Kamalulariffin (2008) Kaedah pengajaran pemodelan bongkah 3-dimensi bagi meningkatkan kemahiran visualisasi. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 91-107. ISSN 1394-1801

Full text not available from this repository.

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan hasil kajian mengenai cara untuk meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar aliran teknikal di sekolah menengah teknik melalui kaedah pengajaran tertentu mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Kajian berbentuk kuasieksperimen yang bertujuan untuk menentukan sejauh manakah pemodelan bongkah 3D memberi kesan terhadap peningkatan kemahiran visualisasi -pelajar tingkatan empat aliran teknikal. Justeru itu. dua kumpulan pelajar dari dua buah sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru telah dilibatkan dalam kajian berkenaan. Satu kumpulan pelajar adalah kumpulan eksperimen dan satu kumpulan yang lain adalah kumpulan bandingan. Responden kajian merupakan pelajar dari dua bidang pengkhususan kejuruteraan dan mereka mengambil LK sebagai salah satu mata pelajaran elektif semasa sesi persekolahan tahun 2007. Kaedah pengajaran yang menggunakan pemodelan bongkah 3D telah direka bentuk dan dihasilkan oleh penyelidik telah didedahkan kcpada pelajar-pelajar kumpulan eksperimen yang terdiri dari satu kelompok pelajar kursus pengajian kejuruteraan awam dan pengajian kejuruteraan mekanikal. Persoalan utama kajian adalah adakah terdapat perbezaan pencapaian dalam ujian-ujian kemahiran visualisasi pelajar merentas kaedah pengajaran apabila pemboleh ubahpemboleh ubah seperti skor pra-ujian kemahiran visualisasi. jantina dan bidang pengkhususan pelajar dikawal. Bagi mencapai maksud tersebut, analisa perbezaan min telah dilaksanakan untuk menganalisa data-data yang berkaitan dengan persoalan kajian tersebut. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini adalah skor pasca-ujian. Sementara itu, pemboleh ubah bebas kajian adalah skor pra-ujian dan jantina pelajar. Hasil kajian ini telah mendapati wujudnya perbezaan skor pencapaian ujian-ujian visualisasi yang bererti antara pelajar-pelajar yang telah didedahkan dengan penggunaan pemodelan bongkah 3D dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran LK berbanding pelajar-pelajar yang didedahkan dengan kaedah pengajaran konvensional. Kajian juga mendapati bahawa kaedah pengajaran yang menekankan kepada penggunaan perisian pemodelan adalah efektif khususnya ke atas kemahiran visualisasi pelajar dan kumpulan pelajar yang telah diajar melalui kaedah pengajaran menggunakan pemodelan bongkah 3D memperoleh skor min pasca-ujian yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar yang diajar dengan kaedah konvensional.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran visualisasi, pemodelan bongkah 3D
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:9283
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:07 Sep 2009 07:21
Last Modified:02 Jun 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page