Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah

Hushin, Hassan and Abu Bakar, Zainudin and Shamsuddin, Normala (2008) Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 85-91. ISSN 1394-1801

Full text not available from this repository.

Abstract

Gaya kepimpinan dalam sesuatu organisasi merupakan asas kepada corak sesebuah organisasi ditadbir. Ciri-ciri yang terdapat pada seseorang pemimpin dalam hal ini akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru-guru di sekolah. Kajian dijalankan di sekolah yang ditadbir oleh guru besar wanita di zon Kluang Barat. Kluang, Johor. Dua dimensi gaya kepimpinan telah dikenalpasti iaitu gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas dan gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa. Instrumen soal selidik telah dibina dan diubahsuai berasaskan Leadership Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) dan the Workforce Commitment Index dan digunakan sebagai alat pengumpulan data. Seramai 102 orang guru telah dipilih sebagai responden daripada empat buah sekolah yang ditadbir oleh guru besar wanita. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara min antara gaya kepimpinan berasaskan struktur tugas (min = 3.73) bcrbanding yang berasaskan timbang rasa (min = 3.49). Kajian korelasi juga menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya kepimpinan guru besar dengan komitmen guru (r =.229: p = 0.02). Beberapa cadangan dan penambahbaikan dibincangkan untuk kajian yang akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:leadership behaviour description questionnaire (LBDQ), workforce commitment index, effective managerial leadership
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:9282
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:07 Sep 2009 07:21
Last Modified:02 Jun 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page