Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat

Kamrin, Sarimah and Noordin, Shaharom (2008) Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 58-72. ISSN 1394-1801

Full text not available from this repository.

Abstract

Kemahiran berfikir kritis ini merupakan kemahiran yang penting dalam proses pembentukan ciri-ciri warga negara maju. Kajian tentang tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar telah dijalankan ke atas 269 orang pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada 116 orang pelajar lelaki dan 153 orang pelajar perempuan dari lima buah sekolah menengah di Daerah Kulai. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-Aj (adaptasi dari Sabaria. 2003) yang mengandungi 80 item. Reka bentuk kajian ialah tinjauan yang menggunakan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min. sisihan lazim dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan Tahap Penguasaan Kermahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan emnpat di Daerah Kulai secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (50.41 %). Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses pengajaran dan pemnbelajaran perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka.

Item Type:Article
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:9280
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:07 Sep 2009 07:21
Last Modified:02 Jun 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page