Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Status penglibatan pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik dalam aktiviti kerja amali fizik

Daud, Zaiton and Noordin, Shaharom (2008) Status penglibatan pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik dalam aktiviti kerja amali fizik. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 44-57. ISSN 1394-1801

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti status penglibatan pelajar tingkatan empat dalam aktiviti kerja amali di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 312 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Cara Penglibatan Peiajar (CPP) yang mengandungi 60 item soalan skala Likert digunakan untuk mendapat maklumat tentang status penglibatan pelajar dalam aktiviti kerja amali. Markah minimum 650,-0 telah digunakan untuk membezakan antara penglibatan aktif dengan penglibatan pasif. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai markah purata keseluruhan semua pelajar adalah 53%. Nilai markah purata yang lebih rendah daripada nilai markah minimum 65% menunjukkan secara umumnya pelajar-pelajar terlibat secara pasif dalam aktiviti kerja amali fizik. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa amalan kerja amali dalam kalangan pelajar tidak berubah walaupun kurikulum yang disemak semula yang mengutamakan pembelajaran berfikrah telah diguna pakai sejak tahun 2002.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:status penglibatan, kerja amali sains
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Q Science > QC Physics
Divisions:Education
ID Code:9279
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:07 Sep 2009 07:19
Last Modified:02 Jun 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page