Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Impak tingkah laku kepimpinan transaksi dan transformasi pengetua terhadap kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah

Md. Johan, Othman and Mad Shah, Ishak (2008) Impak tingkah laku kepimpinan transaksi dan transformasi pengetua terhadap kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 31-43. ISSN 1394-1801

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui impak tingkah laku kepimpinan pengetua terhadap kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sckolah, Seramai 432 orang guru dari 13 buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar Johor Bahru telah dipilih sebagai subjek kajian. Alat ukur yang digunakan untuk pengumpulan data terdiri dari Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) oleh Bass untuk menentukan tingkah laku kepirnpinan transaksi dan transforrnasi. Minnessota Satisfaction Questionnaire (MSQ) oleh Cook. Hepworth. Wall dan Warr (1981) untuk menentukan kepuasan kerja guru dan Organizational Commitment Ouestionnaire (OCQ) oleh Allen dan Meyer untuk menentukan komitmen guru terhadap sekolah. Data-data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk menghuraikan demografi subjek kajian. Manakala statistik infrensi iaitu regresi pelbagai digunakan untuk menghuraikan impak tingkah laku kepimpinan pengetua ke aras kepuasan kerja guru dan komitmen guru tcrhadap sckolah. Koefisien penentuan R2 yang diperolehi menunjukkan anggaran peratusan variasi pemboleh ubah bebas yang menerangkan varians pemboleh ubah bersandar. Manakala nilai Beta adalah bertujuan untuk melihat sumbangan setiap dimensi tingkah laku kepimpinan. Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan tingkah laku kepimpinan trunsaksi dan tingkah laku kepimpinan transformasi pcngetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. Keputusan kajian lain menunjukkun kedua-dua dimensi tingkah laku kepimpinan transaksi pengetua yang terdiri daripada dimensi ganjaran tertakluk dan dimensi mengurus secara kekecualian memberi impak kepada kepuasan kerja guru-guru. Namun impak ke atas komitmen guru terhadap sekolah hanyalah dimensi mengurus secara kekecualian. Bagi tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua didapati hanya dimensi karisma sahaja yang memberi impak kepada kepuasan kerja guru dan komitmncn guru terhadap sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:teacher commitment and job satisfaction, principal leadership
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:9278
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:07 Sep 2009 07:22
Last Modified:02 Jun 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page