Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbezaan antara pengetahuan dan amalan konsep KBSM di kalangan guru

A. Ghafar, Mohd. Najib and Harun, Ali (2007) Perbezaan antara pengetahuan dan amalan konsep KBSM di kalangan guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 99-118. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF
2MB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan dan tahap pengamalan konsep Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di kalangan guru-guru di negeri Johor. Seramai 504 orang guru daripada 10 buali sekolali yang merangkumi 9 buah daerah di negeri Johor adalah responden kajian. Instrumen kajian mengukur tahap pengetahuan guru terdiri daripada 54 item soalan yang merangkumi Bahasa Melayu merentasi kurikulum, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tahap pengamalan pula terdiri daripada 39 item. Pembolehubah moderat adalah umur, jantina (lelaki atau perempuan), kategori guru (guru siswazah atau bukan siswazah), pengalaman mengajar (bawah 5 tahun, 6-10 tahun.l I tahun ke atas) dan jawatan yang disandang. Analisis statistik yang digunakan ialah ujian 't ' dan analisis Varian Sehala (ANOVA). Keputusan menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan yang baik terhadap Bahasa Melayu merentasi kurikulum, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran KBSM. Tahap pengamalan guru terhadap Bahasa Melayu merentasi kurikulum, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran KBSM berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati faktor-faktor jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan jawatan yang disandang menunjukkan kesan yang signifikan ke atas pengetahuan guru terhadap KBSM. Faktor-faktor jantina dan umur sahaja menunjukkan kesan yang signifikan ke atas pengamalan guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahasa Melayu, Ujian T, kurikulum bersepadu Sekolah Menengah
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:9275
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:07 Sep 2009 07:22
Last Modified:29 Nov 2018 07:34

Repository Staff Only: item control page