Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh kedudukan sekolah, bahasa ibunda dan jantina terhadap tahap kesedlaan membaca murid darjah satu

Md. Johan, Othman and Mislan, Nora (2007) Pengaruh kedudukan sekolah, bahasa ibunda dan jantina terhadap tahap kesedlaan membaca murid darjah satu. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 41-49. ISSN 1394-1801

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sarna ada faktor seperti kedudukan sekolah, bahasa ibunda dan jantina mempengaruhi tahap kesediaan membaca dalam kalangan murid-murid darjah satu. Seramai 480 responden dari sekolah-sekolah dalam dan luar bandar daerah Johor Bahru terlibat daJam kajian ini. 'Ujian Kesediaan Membaca Tahap Pra Sekolah' yang dibina oleh Yeo dan Othman (2002) telah di gunakan sebagai instrumen untuk menentukan tahap kesediaan membaca murid-murid. Data telah di analisis dengan menggunakan SPSS 13.0 Windows untuk menentukan peratusan, kekerapan, min dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan kesediaan membaca yang tinggi wujud dalarn kalangan murid-murid darjah satu yang dikaji. Tahap kesediaan membaca murid-murid dari sekolah luar bandar didapati lebih baik daripada tahap kesediaan membaca murid-murid dari sekolah bandar. Murid-murid perempuan mempunyai tahap kesediaan membaca yang lebih tinggi berbanding murid-murid lelaki. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan membaca berdasarkan bahasa ibunda yang digunakan. Aspek penguasaan tahap membaca yang lemah ialah dalarn pemahaman lisan melalui cerita Kelemahan tersebut adalah merentasai kedudukan sekolah, bahasa pertuturan di rumah dan jantina murid.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:literacy, home and school, first grade reading achievement
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions:Education
ID Code:9269
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:07 Sep 2009 07:22
Last Modified:02 Jun 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page