Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Visualisasi dalam pendidikan sains : ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Surif, Johari and Ibrahim, Nor Hasniza and Arshad, Mohammad Yusof (2007) Visualisasi dalam pendidikan sains : ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 26-40. ISSN 1394-1801

Full text not available from this repository.

Abstract

Artikel ini membincangkan literatur mengenai visualisasi dalam teori pembelajaran, kcpcntingan, permasalahan dan strategi membangunkan kemahiran visualisasi. Visualisasi yang dibincangkan dalam teori kognitif menjadi semakin dominan dalam era konstruktivisme melalui peranannya sebagai teras dalam mencerap, memproses dan menaakul fenomena untuk memodelkannya di dalam minda. Visualisasi juga digunakan untuk memodelkan sesuatu objek, molekul dan proses yang kompleks dan abstrak kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Kepentingan visualisasi pada aras makroskopik, mikroskopik dan persimbolan turut menjadikan ianya amat penting dalam membantu penguasaan konsep sains dan penyelesaian masalah. Walaupun kemampuan ini amat penting namun banyak kajian mendapati pelajar sukar untuk menguasainya. Sehubungan itu, model pengajaran dan pembeJajaran sains yang menitikberatkan visualisasi dan proses penyiasatan turut dikemukakan untuk membantu pelajar membangunkan kemampuan visualisasi mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:visualization, managed modelling system
Subjects:Q Science > Q Science (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:9268
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:07 Sep 2009 07:22
Last Modified:02 Jun 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page