Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh pemilihan aliran dengan minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran Fizik

Khamis, Noorzana and Phang, Fatin Aliah (2021) Pengaruh pemilihan aliran dengan minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran Fizik. Sains Humanika, 13 (3). pp. 61-69. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
504kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n3.1813

Abstract

Kemerosotan peratusan pelajar ke aliran sains dan seterusnya mengambil mata pelajaran fizik menjadi isu kritikal dalam negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik serta pengaruh pembolehubah tersebut dengan pemilihan aliran pasca tingkatan 3. Seramai 112 orang pelajar di daerah Johor Bahru menjawab soal selidik mengenai minat, sikap dan persepsi terhadap mata pelajaran fizik. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dianalisis dengan ujian analisis mengikut model Rasch. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0 untuk mendapatkan min, sisihan piawai dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap minat pelajar terhadap fizik adalah sederhana (min=3.52, SP=0.64) manakala tahap sikap pelajar terhadap fizik adalah tinggi (min=3.89, SP=0.67) dan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik juga tinggi (min=3.80, SP=0.60). Didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pemilihan aliran dengan minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran fizik (minat (t=5.135), sikap (t=4.798) dan persepsi (t=3.664)). Oleh yang demikian, dapatan ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pembolehubah tersebut mempengaruhi pelajar tingkatan tiga untuk memilih aliran sains semasa tingkatan empat nanti. Ini sekaligus menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam aliran sains dan fizik berpotensi mencapai nisbah 60:40 bagi bidang sains berbanding sastera, dengan minat yang tinggi serta sikap dan persepsi yang positif terhadap fizik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:minat, sikap, persepsi, fizik, aliran sains
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:92085
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:18 Oct 2022 01:51
Last Modified:18 Oct 2022 01:51

Repository Staff Only: item control page