Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kekongruenan personaliti-persekitaran kursus dan hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar UTM

Mahfar, Mastura and Mad Shah, Ishak and Abdul Kadir, Hamdan (2008) Kekongruenan personaliti-persekitaran kursus dan hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar UTM. Jurnal Kemanusiaan (12). pp. 23-32. ISSN 1675-1030

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/files/Jurnal/JK12/1203.pdf

Abstract

Kajian ini telah dilaksanakan ke atas pelajar tahun satu kursus Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, semester dua, sesi 2006/2007, UTM Skudai. Seramai 90 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Antara objektif kajian ini termasuk mengenalpasti pola personaliti-persekitaran kursus dan tahap darjah kongruen di kalangan pelajar dan mengenalpasti hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personalitipersekitaran kursus. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-Form Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi mengenalpasti pola personaliti-persekitaran pelajar. Tahap darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus pula telah ditentukan dengan menggunakan Indeks Kongruen Iachan. Kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min skor. Korelasi Pearson ‘r’ digunakan dalam analisis inferensi bagi menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kod tiga huruf pelajar ialah SEA dan mempunyai tahap darjah kongruen iaitu padanan yang baik dengan kod tiga huruf Holland. Selain itu, tidak terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus di kalangan pelajar kajian. Secara keseluruhannya, walaupun tidak terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus pelajar, namun dapatan kajian ini telah membantu dalam mengenalpasti pola personaliti-persekitaran kursus dan tahap darjah kongruen di kalangan pelajar kajian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Teori Tipologi Kerjaya Holland, pola personaliti, pencapaian akademik
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:8955
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:03 Jul 2009 01:43
Last Modified:07 Mar 2018 21:06

Repository Staff Only: item control page