Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Degradasi Gas Benzena Melalui Proses Pemangkinanfoto Saput Tipis TiO2

Wan Abu Bakar, Wan Azelee and Othman, Mohd. Yusof and Mohd. Saiyudi, Noor Khaida Wati and Keiichi Tanaka, Keiichi Tanaka (2001) Degradasi Gas Benzena Melalui Proses Pemangkinanfoto Saput Tipis TiO2. Jurnal Teknologi C (34C). pp. 43-52. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
506kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/34/C/JT34...

Abstract

Pengoksidaanfoto benzena fasa gas menggunakan saput tipis TiO2 yang disinari lampu ultralembayung telah dikaji. Saput tipis ini disediakan melalui kaedah celup angkat menggunakan sol-gel TiO2. Tindak balas yang sama juga telah dijalankan menggunakan saput ti pis TiO2 yang didop dengan Cu2+ dan Fe3+ dengan nisbah mol TiO2 terhadap ion logam 1:0.005, 1:0.001, 1:0.0005 dan 1:0.0003. Hasil kajian menunjukkan mangkin TiO2 dengan pancaran cahaya UV (354 nm) mendegradasikan gas benzena sebanyak 90% dalam masa 55 minit. Walau bagaimanapun penambahan ion Fe3+ dengan nisbah 1:0.0005 meningkatkan peratus degradasi benzena kepada 98% dalam masa 55 minit, sebaliknya penambahan Cu2+ memberikan kesan negatif kepada aktiviti foto TiO2. Kajian juga memperolehi satu nilai optimum dengan aktiviti pemangkinan adalah tertinggi bagi kedua-dua ion Fe3+ dan Cu2+. Pengaruh panjang gelombang cahaya ke atas aktiviti foto TiO2 juga telah dikaji dengan menggunakan mangkin TiO2 dop Fe3+ dengan nisbah optimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa degradasi gas benzena meningkat dengan pengurangan tenaga cahaya yang dipancarkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pemangkinanfoto, pengoksidaanfoto, saput tipis, TiO2
Subjects:Q Science > QD Chemistry
Divisions:Science
ID Code:889
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:22 Feb 2007 08:54
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page