Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konsepsi pengajaran pensyarah dan hubungannya dengan persekitaran pengajaran pensyarah

Sihes, Ahmad Johari and Sidin, Zaitun (2008) Konsepsi pengajaran pensyarah dan hubungannya dengan persekitaran pengajaran pensyarah. Jurnal Teknologi E (48E). pp. 141-159. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
149kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/48/E/JT48...

Abstract

Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia. Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menjadi kritikal dalam menentukan kredibiliti sesebuah universiti. Salah satu daripada konsep yang penting dalam proses dan aktiviti pengajaran ialah konsepsi pengajaran. Konsepsi pengajaran menjadi dasar dalam memotivasikan tindakan pensyarah semasa pengajaran dalam kelas dan juga di luar kelas. Konsepsi pengajaran seseorang pensyarah merupakan satu ‘model’ dalam mindanya berkenaan amalan, konteks dan tujuan mengajar yang mempengaruhi perancangan, membuat keputusan dan tindakan mereka. Persoalan yang dikaji dalam artikel ini ialah apakah konsepsi pengajaran dan persepsi persekitaran pengajaran pensyarah, serta bagaimanakah hubungan antara kedua-duanya. Seramai 313 orang pensyarah daripada Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi menggunakan soal selidik Lecturer’s Conception of Teaching and Learning dan Perception of Teaching Environment. Keputusan menunjukkan kebanyakan pensyarah lebih cenderung kepada konsepsi pengajaran orientasi memudahkan pembelajaran berbanding orientasi pemindahan ilmu pengetahuan, serta mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran pengajaran mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Konsepsi pengajaran, persekitaran pengajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:8830
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:15 May 2009 01:32
Last Modified:21 Feb 2017 06:49

Repository Staff Only: item control page