Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya pengurusan konflik guru besar

Mohd. Tahir, Lokman and Abd. Rahman, Mohd. Anuar and Abd. Kadir, Normah (2008) Gaya pengurusan konflik guru besar. Jurnal Teknologi (48E). pp. 115-127. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
87kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/48/E/JT48...

Abstract

Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap individu yang berinteraksi dengan individu lain. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menguruskan konflik mengikut kesesuaian dan keadaan. Maka kajian ini cuba meneliti gaya penyelesaian konflik yang digunakan oleh guru besar menggunakan lima kaedah pengurusan konflik yang dikemukakan dalam model Thomas-Kilmann, iaitu gaya persaingan, kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur. Populasi kajian adalah 88 orang guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai responden. Bagi menganalisis dapatan kajian ini, dua jenis statistik yang digunakan, iaitu statistik deskriptif mendapatkan jumlah skor, min dan peratus. Manakala statistik inferensi untuk pengujian hipotesis, iaitu menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa min pengurusan konflik adalah gaya kolaborasi yang paling digemari manakala gaya persaingan adalah gaya pengurusan yang paling kurang digemari. Data daripada pengujian hipotesis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina, umur, taraf akademik, tempoh perkhidmatan sebagai guru besar dan keterlibatan kursus pengurusan konflik dengan gaya pengurusan konflik guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Guru besar; pengurusan konflik; gaya kolaborasi; gaya akomodasi; gaya bersaing
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:8827
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:15 May 2009 00:32
Last Modified:15 Feb 2017 07:53

Repository Staff Only: item control page