Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan pelajar tingkatan empat mempelajari mata pelajaran pengajian kejuruteraan awam

Hamdan, Abdul Rahim and Musa, Nor Hidayah (2008) Kesediaan pelajar tingkatan empat mempelajari mata pelajaran pengajian kejuruteraan awam. Jurnal Teknologi (48E). pp. 99-113. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
290kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/48/E/JT48...

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 78 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang mengambil Jurusan Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α = 0.906. Data-data mentah dianalisis menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences 13.0 (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar berada pada tahap yang sederhana. Hasil ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat dan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membantu pelajar dalam mengikuti mata pelajaran ini serta dalam mata pelajaran teknikal yang lain.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kesediaan; minat; kemahiran; pengetahuan sedia ada
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:8826
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:15 May 2009 00:25
Last Modified:15 Feb 2017 04:31

Repository Staff Only: item control page