Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perhubungan antara stesen kerja ergonomik dan stres: kajian terhadap operator pengeluaran di organisasi multinasional di Malaysia

Mohamed Makhbul, Zafir and Idrus, Durrishah and Abdul Rani, Mat Rebi (2008) Perhubungan antara stesen kerja ergonomik dan stres: kajian terhadap operator pengeluaran di organisasi multinasional di Malaysia. Jurnal Teknologi (48E). pp. 49-69. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
136kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/48/E/JT48...

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji perhubungan di antara faktor stesen kerja ergonomik dan akibat stres. Sampel seramai lima ratus operator pengeluaran telah dipilih daripada sebelas organisasi perkilangan elektronik yang berdaftar dengan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Kaedah soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Penemuan utama menunjukkan reka bentuk stesen kerja ergonomik merupakan strategi penting dalam meminimumkan akibat stres dalam organisasi. Analisis korelasi Pearson mengukuhkan kenyataan ini dengan menunjukkan kesemua faktor stesen kerja ergonomik mempunyai kekuatan hubungan yang signifikan dengan akibat stres. Analisis regresi linear berbilang menunjukkan faktor kesihatan, reka bentuk ruang kerja, kerja syif, sistem pengudaraan dan tempoh masa bekerja mempunyai hubungan signifikan dengan akibat stres. Komponen stesen kerja ergonomik pula membuktikan bahawa faktor manusia dan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan akibat stres.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Ergonomik; stres; operator pengeluaran; stesen kerja; organisasi multinasional
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:8822
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:14 May 2009 07:27
Last Modified:25 Oct 2010 04:18

Repository Staff Only: item control page