Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Merentasi dikotomi bandar/desa : ke arah pewilayahan petempatan yang mengalami tekanan pembandaran

Amir, Anuar (2004) Merentasi dikotomi bandar/desa : ke arah pewilayahan petempatan yang mengalami tekanan pembandaran. Jurnal Alam Bina, 6 (2). pp. 69-86. ISSN 1511-1369

[img]
Preview
PDF
7Mb

Abstract

Pembangunan mampan merupakan matlamat utama dalam perancangan spatial sama ada bagi pembangunan kawasan bandar atau luar bandar. Namun begitu, dichotomi bandar/kampung telah memisahkan antara petempatan bandar/luar bandar dan telah digunapakai dengan meluas dalam bidang perancangan sehingga sekarang. Perubahan-perubahan yang berlaku berdasarkan kemajuan teknologi, cara hidup dan impak kemodenan menyebabkan ciri-ciri perbezaan antara petempatan bandar/luar bandar semakin kabur dan makin tidak relevan. Jurang perbezaan antara petempatan bandar/luar bandar secara umumnya telah menurun dalam aspek penduduk, ekonomi, sektor pekerjaan, eksesibiliti kepada kemudahan dan maklumat, dan dalam aspek migrasi. Penekanan berlebihan kepada pembandaran mewujudkan isu limpahan pembandaran ke kawasan luar bandar. Kampung-kampung yang berada di sekitarnya menghadapi tekanan pembangunan; tenggelam', `hanyut atau lenyap' dalam arus pembandaran. Kajian-kajian di negara maju mendapati limpahan pembandaran lebih banyak memberi kesan negatif kepada petempatan luar bandar dan ianya perlu di kawal. Kajian kes di bahagian barat Metropolitan Johor Bahru mendapati limpahan pembandaran lebih memberi impak dalam aspek sosio-budaya penduduk dan tidak ketara dalam pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kawasan. Pewilayahan kampung pinggir bandar merupakan parameter perancangan ke arah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui pembentukan pembangunan mampan dan lebih dinamik. Kawalan limpahan pembandaran dapat dibuat melalui pembentukan wilayah baru gabungan ciri-ciri tipologi bandar - luar bandar (intermediate areas). Pembentukan wilayah ini boleh dianggap sebagai pembentukan kawasan subur dan yang lebih luas. Perlaksanaan ini dapat menyelaras pen yediaan pelan perancangan bagi mukim-mukim dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat melalui pembentukan satu pelan pembangunan bijak. Pewilayahan kampung pinggir bandar secara polycentric membentuk jaringan hubungan spatial dan hubungan fungsi yang rapat di antara bandar utama, pekan kecil, dan kampung-kampung melalui pembentukan wilayah pembangunan yang lebih dinamik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:land economics, urban sprawl measurement
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:8770
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:11 May 2009 06:38
Last Modified:20 Oct 2010 08:16

Repository Staff Only: item control page