Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesedaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tentang pengangguran di Malaysia akibat daripada revolusi industri 4.0

Ibrahim, Muhammad Rafii and Lee, Wei Cong and Dickson, Lui and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan (2020) Kesedaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tentang pengangguran di Malaysia akibat daripada revolusi industri 4.0. Malaysian Journal Social Sciences And Humanities (MJSSH), 5 (8). pp. 13-21. ISSN 2504-8562

Full text not available from this repository.

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i8.450

Abstract

Revolusi Industri 4.0 dilihat sebagai satu perubahan yang penting untuk mentransformasikan sesebuah negara ke arah yang maju. Walaupun Revolusi Industri 4.0 ini membawa banyak manfaat kepada masyarakat, akan tetapi ia juga mendatangkan banyak isu dan cabaran kepada masyarakat. Salah satu isu yang sangat perlu diberi perhatian ialah isu pengangguran. Kajian ini mengkaji tahap kesedaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap isu pengangguran yang berlaku kesan daripada Revolusi Industri 4.0. Selain itu, kajian ini turut memperlihatkan tahap kesediaan pelajar UTM terhadap cabaran pengangguran yang berlaku akibat daripada Revolusi Industri 4.0 di Malaysia. Kajian yang dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada pelajar UTM sebagai sasaran kajian. Keputusan daripada kajian tersebut telah menunjukkan tahap kesedaran pelajar UTM terhadap isu pengangguran yang berlaku akibat daripada Revolusi Industri 4.0 masih rendah dan perlu ditingkatkan. Walau bagaimanapun, keputusan telah menunjukkan pelajar UTM mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap isu pengangguran. Ini bermaksud pelajar UTM adalah bersedia untuk menghadapi isu pengangguran yang berlaku akibat daripada Revousi Industri 4.0.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesedaran pelajar, isu pengangguran, revolusi industri 4.0
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Science
ID Code:87251
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:31 Oct 2020 12:27
Last Modified:31 Oct 2020 12:27

Repository Staff Only: item control page