Jamhari, Akmal Ariff and Abd. Razak, Siti Hajar and Karim Mohamad, Nur Anis and Mohd. Isha, Mohamad Izzuan (2020) Persediaan rakyat Malaysia dalam merealisasikan matlamat revolusi industri 4.0. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (10). pp. 75-82. ISSN 2504-8562
Full text not available from this repository.
Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.510
Abstract
Industri Revolusi 4.0 merupakan antara revolusi yang diambil berat oleh pihak kerajaan. Pakar ekonomi berpendapat bahawa Revolusi Industri 4.0 ini mampu untuk memberi impak yang baik khususnya dalam bidang Pendidikan dan bidang pekerjaan di Malaysia. Namun masyarakat Malaysia masih kurang bersedia untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 ini. Oleh itu untuk mencapai tahap kesediaan rakyat Malaysia yang sewajarnya setiap pihak dalam negara perlu mengambil beberapa langkah khusus. Hal ini bagi memastikan masyarakat tahu dan peka terhadap perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang sedang berlaku di Malaysia. Untuk merawat luka kita perlu mengetahui seteruk mana luka tersebut. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk meneliti tahap persediaan Malaysia menghadapi Revolusi Industri 4.0 pada masa sekarang. Selain itu, mengetahui perkara yang perlu ada dan dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 . Metodologi kajian yang akan digunakan adalah melalui sesi temubual. Kajian ini akan dijalankan ke atas pihak berkaitan seperti pihak industri pembinaan, pensyarah dan masyarakat umum. Hasil mendapati masyarakat Malaysia masih kurang pendedahan terhadap Revolusi Industri 4.0 ini. Hal ini membuktikan bahawa banyak inisiatif yang perlu dilakukan oleh semua pihak. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 ialah menyediakan latihan kemahiran dalam pengendalian teknologi baru dengan kerjasama daripada pihak industri. Seterusnya mampu memberi kesediaan minda dikalangan kakitangan pekerja pada masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | revolusi industri 4.0, kesediaan, kerajaan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) Q Science > Q Science (General) |
Divisions: | Science |
ID Code: | 87178 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 31 Oct 2020 12:26 |
Last Modified: | 31 Oct 2020 12:26 |
Repository Staff Only: item control page