Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan aplikasi augmented reality dalam topik litar asas elektronik

Ali, Dayana Farzeeha and Yahya, Siti Syazwani and Omar, Marlissa (2020) Penggunaan aplikasi augmented reality dalam topik litar asas elektronik. Innovative Teaching and Learning Journal (ITLJ), 3 (2). pp. 1-7. ISSN 2600-8572

[img]
Preview
PDF
235kB

Official URL: http://161.139.21.34/itlj/index.php/itlj/article/v...

Abstract

Penggunaan aplikasi Augmented Reality dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian disebabkan oleh potensi teknologi ini dalam menjadikan proses pembelajaran lebih mudah difahami dan menarik perhatian pelajar. Teknologi ini juga semakin dikenali dan digunakan dalam kalangan guru dan pensyarah bagi memudahkan mereka menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti persepsi pensyarah mengenai penggunaan aplikasi Augmented Reality dalam pengajaran topik litar asas elektronik. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana pengkaji menggunakan soal selidik bagi mendapatkan persepsi pensyarah yang mengajar topik litar asas elektronik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah memberikan pandangan yang positif terhadap penggunaaan aplikasi Augmented Reality. Justeru, perlunya lebih penekanan dan pendedahan mengenai aplikasi Augmented Reality dalam kalangan pensyarah dan tenaga pengajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:aplikasi, augmented reality, asas elektronik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:87128
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:31 Oct 2020 12:23
Last Modified:31 Oct 2020 12:23

Repository Staff Only: item control page