Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian awal: tahap penguasaan pelajar kolej komuniti dalam konsep elektrik menggunakan pendekatan model pengukuran rasch

Subari, Kamalularifin and Yusof, Ibnatul Jalilah and Ahmad, Aminah (2020) Kajian awal: tahap penguasaan pelajar kolej komuniti dalam konsep elektrik menggunakan pendekatan model pengukuran rasch. Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Malaysia, 9 . pp. 1-9. ISSN 1985-6652

Full text not available from this repository.

Abstract

Topik litar siri dan selari merupakan topik yang penting dalam pembelajaran elektrik dan elektronik. Namun, topik ini sering dianggap sukar oleh pelajar-pelajar. Antara faktornya ialah teknik pengajaran yang berpusatkan guru. Kajian ini bertujuan mengeksplorasikan topik-topik sukar yang dihadapi pelajar kolej komuniti berdasarkan persepsi pensyarah dan juga dapatan Ujian Kefahaman Elektrik (UKE). Kajian ini juga mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam topik asas litar elektrik dan juga teknik pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah kolej komuniti. Kajian ini melibatkan 4 orang pensyarah dan 30 pelajar tahun 1 Prinsip Elektrik (PE). Dapatan mendapati pelajar masih lemah dalam topik asas litar siri dan litar selari. Keseluruhan tahap pelajar dalam kefahaman elektrik juga berada di tahap sederhana. Berdasarkan teknik pengajaran pensyarah kolej komuniti yang menggunakan kaedah tradisional yang berpusatkan guru, kajian ini menyarankan kajian akan datang mahupun kolej komuniti sendiri membina satu alat bantu mengajar bagi menambahbaik proses pembelajaran sekaligus meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam topik asas elektrik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:topik asas elektrik, kaedah pengajaran, model pengukuran rasch, kolej komuniti
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:87108
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:31 Oct 2020 12:23
Last Modified:31 Oct 2020 12:23

Repository Staff Only: item control page