Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengasingan Strain Baru Kulat Dari Tanah Di Malaysia Untuk Penghasilan Asid γ-Linolenik (GLA)

A. Hamid, A. and W. Yusof, W. M. and M. Illias, R. and Nadarajah, K. (2001) Pengasingan Strain Baru Kulat Dari Tanah Di Malaysia Untuk Penghasilan Asid γ-Linolenik (GLA). Jurnal Teknologi C (34C). pp. 1-8. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
463kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/34/C/JT34...

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk mendapatkan strain baru kulat yang menghasilkan GLA hasil penyaringan 21 pencilan yang diperolehi dari tanah hutan simpan di sekitar negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Sebanyak 5 pencilan kulat daripada 21 pencilan yang diperolehi telah dikenalpasti menghasilkan asid γ-linolenik (GLA) (18:3, n-6) iaitu SK8, SK22, 2A1, DR dan K3, yang menghasilkan 6%, 7.6%, 6.9%, 5.4% dan 13.5% GLA daripada asid lemak total masingmasing. Kelima-lima pencilan tersebut juga didapati menghasilkan peratusan lipid yang berbeza, iaitu 30%, 20% 32%, 30% dan 8% lipid total (w/w, biojisim), masing-masing. Pencilan K3 mempunyai kandungan GLA yang setara dengan kandungan GLA dalam minyak ‘Evening Primrose’ yang dihasilkan secara komersial pada masa kini, iaitu 8%-12% GLA dari asid lemak total. Pencilan 2A1 menunjukkan penghasilan GLA tertinggi (0.0096g GLA/g glukosa) berbanding SKA, SK22, DR dan K3, yang menghasilkan 0.0032, 0.0039, 0.007 dan 0.0025g, GLA/g glukosa, masing-masing. Perbezaan profil asid lemak bagi keseluruhan 21 pencilan juga dibincangkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Oleaginous, kulat, γ-linolenic, asid lemak poli-tidak-tepu
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:870
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:22 Feb 2007 08:02
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page