Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Empirikal ke Atas Pelaporan Penyata Aliran Tunai di Malaysia:Satu Kajian Awal

Ali Khan, Mohd. Noor Azli (2004) Kajian Empirikal ke Atas Pelaporan Penyata Aliran Tunai di Malaysia:Satu Kajian Awal. Jurnal Kemanusiaan . pp. 64-73. ISSN 1675-1930

[img] PDF - Published Version
630kB

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/doc_view/98-kajia...

Abstract

Kajian ini adalah satu kajian awal tentang pelaporan penyata aliran tunai di Malaysia. Teknik persampelan secara rawak digunakan dalam kajian ini dan sebanyak 98 buah syarikat dipilih daripada 513 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sehingga 20 Julai 2001 yang terdiri daripada pelbagai industri. Laporan tahunan sampel syarikat disemak dan digunakan untuk menganalisis praktis yang diamalkan oleh syarikat yang tersenarai di BSKL. Kajian ini turut mengenal pasti kaedah yang biasa digunakan dalam melaporkan aliran tunai daripada aktiviti kendalian dan anialan pengelasan bagi butiran faedah, dividen, dan cukai pendapatan. Hasil penemuan dalam kajian mendapati bahawapendedahan dengan menggunakan kaedah tidak langsung adalah kerap digunakan dan seterusnya, bagi amalan pengelasan untuk butiran faedah, dividen, dan cukai pendapatan pula adalah bergantung kepada sifat dan sumber penerimaan dan pembayaran item-item tersebut.

Item Type:Article
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:858
Deposited By: Halimah Baki
Deposited On:22 Feb 2007 06:58
Last Modified:21 Mar 2017 06:18

Repository Staff Only: item control page