Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tanggapan tenaga pengajar di institut latihan perindustrian (ILP) pasir gudang, terhadap penerapan kemahiran "employability" dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Buntat, Yahya and Saud, Muhammad Sukri and Abd. Rahman, Juliana (2008) Tanggapan tenaga pengajar di institut latihan perindustrian (ILP) pasir gudang, terhadap penerapan kemahiran "employability" dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik & Vokasional Malaysia, 1 (1). pp. 3-9. ISSN 1985-6652

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen kemahiran “employability” yang sering diterapkan oleh tenaga pengajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir gudang Johor, elemen kemahiran “employability” yang dianggap penting, serta permasalahan yang dihadapi untuk penerapan kemahiran tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kajian ini dijalankan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang Johor. Seramai 52 orang responden yang terdiri daripada tenaga pengajar terlibat dalam kajian ini. Kajian mendapati, elemen kemahiran “employability” yang paling kerap diterapkan dan juga dianggap paling penting oleh tenaga pengajar ialah kemahiran komunikasi terutama kemahiran mengikuti arahan yang diberikan. Bagaimanapun hasil kajian mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh tenaga pengajar untuk menerapkan kemahiran tersebut adalah pelajar kurang pengetahuan tentang kepentingan kemahiran “employability.”

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > HA Statistics
L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:8562
Deposited By: Norshiela Buyamin
Deposited On:30 Apr 2009 06:04
Last Modified:20 Oct 2010 04:29

Repository Staff Only: item control page