Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan guru matematik sekolah menengah dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran abad ke-21

Abdul Rahim, Nooraini and Abdullah, Abdul Halim (2017) Kesediaan guru matematik sekolah menengah dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran abad ke-21. In: Isu-isu pendidikan kontemporari. Fakulti Pendidikan, UTM, Universiti Teknologi Malaysia, pp. 567-584. ISBN 978-967-0194-68-4

Full text not available from this repository.

Abstract

Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) abad ke-21 mula diperkenalkan dalam Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 sejajar dengan perkembangan pendidikan dalam abad ke-21. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru matematik dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah. Tahap kesediaan guru dilihat dari aspek kognitif (pemahaman), tingkah laku dan afektif (emosi). Kajian ini dijalankan ke atas 203 orang guru matematik dari 15 buah sekolah menengah di sekitar Johor Bahru. Kajian dijalankan secara kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Terdapat 14 item soalan masing-masing bagi setiap aspek kognitif, tingkah laku dan afektif dalam bahagian B. Data dari hasil kajian dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan skor median bagi setiap persoalan dan ujian korelasi Spearman bagi melihat hubungan antara aspek yang dikaji. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru adalah sederhana bagi aspek kognitif, tingkah laku dan afektif dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah. Selain itu, analisis menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang kuat antara kesemua aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dari aspek pengetahuan itu penting. Selain itu, guru juga perlu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek tingkah laku dan emosi dalam memastikan pelaksanaan PdP abad ke-21 dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam bilik darjah.

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:kesediaan, pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:84712
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:29 Feb 2020 12:29
Last Modified:29 Feb 2020 12:29

Repository Staff Only: item control page