Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian pakar terhadap aktiviti pembelajaran matematik yang telah dibangunkan berasaskan peta pemikiran

Hamzah, Nur Hasanah and Abdullah, Abdul Halim (2017) Penilaian pakar terhadap aktiviti pembelajaran matematik yang telah dibangunkan berasaskan peta pemikiran. Malaysian Journal of Higher Order Thinking Skills (MJHOTS), 2017 . pp. 40-77. ISSN 2462-2397

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi membangunkan aktiviti pembelajaran matematik tingkatan 1 dan tingkatan 2 berasaskan peta pemikiran dan seterusnya mendapatkan penilaian daripada pakar kesahan terhadap aktiviti pembelajaran yang telah dibangunkan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pembangunan dan lima peringkat dalam model ADDIE menjadi asas kepada penghasilan aktiviti pembelajaran ini. Lima orang pakar kesahan dari beberapa sekolah di sekitar daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang terlibat dalam menilai aktiviti pembelajaran melalui soal selidik dan temu bual berstruktur. Analisis deskriptif dilakukan terhadap soal selidik bagi menentukan frekuensi dan peratus maklum balas daripada pakar kesahan manakala analisis tematik daripada hasil temu bual menghuraikan empat maklum balas pakar kesahan terhadap aktiviti pembelajaran yang dibangunkan iaitu kesesuaian aktiviti pembelajaran, penambahbaikan aktiviti pembelajaran, kekuatan aktiviti pembelajaran dan impak aktiviti pembelajaran. Justeru hasil kajian yang diperolehi adalah positif yang mana ia dapat menyokong pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan peta pemikiran dalam pembelajaran dan pengajaran matematik di bilik darjah bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian di samping merangsang kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:peta pemikiran, kemahiran berfikir aras tinggi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:84535
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:29 Feb 2020 13:48
Last Modified:29 Feb 2020 13:48

Repository Staff Only: item control page