Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian kes pengambilan tanah wakaf di Kedah: cadangan penambahbaikan

Abdul Kader, Siti Arifah and Wan Ismail, Wan Ibrisam Fikry (2017) Kajian kes pengambilan tanah wakaf di Kedah: cadangan penambahbaikan. Fikiran Masyarakat, 5 (1). pp. 21-28. ISSN 2338-512X

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.kemalapublisher.com/index.php/fm/articl...

Abstract

Di Malaysia, mutakhir ini pengambilan tanah giat dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melaksanakan beberapa siri projek – projek pembangunan. Antaranya seperti penambahbaikan dalam jaringan pengangkutan, pembangunan projek-projek perumahan dan pelbagai lagi projek dalam fasa pembinaan. Tidak terkecuali, pengambilan tanah ini melibatkan tanah yang berstatus wakaf apabila Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 digunakan bagi pengambilan tanah wakaf. Persoalannya, sampai bilakah pihak kerajaan akan terus melakukan pengambilan tanah wakaf ini?. Oleh yang demikian, suatu kajian telah dijalankan dengan menganalisis beberapa kes-kes pengambilan tanah wakaf di negeri Kedah. Pada setiap kes-kes pengambilan tanah wakaf ini terdapat isu dan masalah yang telah berlaku sepanjang proses pengambilan tanah wakaf ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi isu dan masalah dalam pengambilan tanah wakaf di negeri Kedah. Proses pengumpulan data adalah melalui data primer iaitu data yang diperoleh hasil daripada temu bual dan data sekunder iaitu data yang diperoleh daripada sumber dokumen, buku, artikel dan jurnal. Data daripada temu bual dianalisis menggunakan teknik analisis secara kandungan manakala data daripada sumber dokumen iaitu kajian kes dianalisis menggunakan teknik analisis secara diskriptif dan naratif (quote). Hasil daripada kajian ini mendapati perlunya pindaan dilakukan pada Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pengambilan Tanah Wakaf, Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH434-437 Quantity surveying
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:84491
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:29 Feb 2020 12:35
Last Modified:29 Feb 2020 12:35

Repository Staff Only: item control page