Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi penyelesaian masalah matematik bukan rutin merentas kepelbagaian kecerdasan

Abd. Rahim, Siti Zulaiha and Abdullah, Abdul Halim (2017) Strategi penyelesaian masalah matematik bukan rutin merentas kepelbagaian kecerdasan. Malaysian Journal of Higher Order Thinking Skills in Education (MJHOTS), 1 . ISSN 2462-2397

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola strategi penyelesaian masalah matematik bukan rutin merentas kepelbagaian kecerdasan dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 di lima buah sekolah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Seramai 192 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik kepelbagaian kecerdasan Howard Gardner dan set soalan penyelesaian masalah telah digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan seramai 122 orang pelajar mempunyai kecerdasan dominan dan 70 orang pelajar mempunyai lebih daripada satu kecerdasan. Namun penyelidik hanya melihat strategi penyelesaian masalah terhadap pelajar yang mempunyai kecerdasan dominan sahaja. Majoriti pelajar yang terlibat sebagai responden kajian mempunyai kecerdasan dominan Intrapersonal. Seterusnya analisis terhadap strategi penyelesaian masalah matematik bukan rutin bagi soalan pertama menunjukkan pelajar kerap mengaplikasikan strategi pemikiran logik dan melukis rajah. Manakala analisis terhadap strategi penyelesaian masalah matematik bukan rutin bagi soalan kedua pula menunjukkan pelajar sering menggunakan strategi menyusun data, pemikiran logik dan penyelesaian masalah dengan lebih mudah. Akhir sekali adalah analisis terhadap strategi penyelesaian masalah matematik bukan rutin bagi soalan ketiga yang menunjukkan pelajar cenderung melaksanakan strategi pemikiran logik dan penyelesaian masalah dengan lebih mudah bagi menjawab soalan penyelesaian masalah ini. Oleh demikian, para guru haruslah mengambil langkah inisiatif dengan memperbaiki dan meningkatkan lagi kaedah pengajaran untuk membimbing dan melatih pelajar yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai mampu untuk mempelbagaikan lagi strategi dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penyelesaian masalah matematik, kepelbagaian keerdasan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:84474
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:29 Feb 2020 13:48
Last Modified:29 Feb 2020 13:48

Repository Staff Only: item control page