Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan kebakaran ke atas kekuatan mampatan konkrit

Ismail, Mohammad and Siaw, Wai San (2000) Kesan kebakaran ke atas kekuatan mampatan konkrit. Jurnal Kejuruteraan Awam, 12 (2). pp. 13-32. ISSN 0128-0147

[img]
Preview
PDF
1358Kb

Official URL: http://portal.psz.utm.my/psz/index.php?option=com_...

Abstract

Kajian kesan suhu ke atas kekuatan dan ketahanlasakan konkrit adalah penting memandangkan kejadian kebakaran semakin menjadi-jadi di negara mi. Tujuan utama kajian adalah untuk melihat kesan suhu pemanasan dan masa pemanasan ke atas kekuatan mampatan konkrit. Ujian yang telah dijalankan ialah Ujian Kekuatan Mampatan ke atas kuib konkrit bersaiz 100x100x100 mm yang didedahkan kepada suhu 400°C, 600°C dan 1000°C, pada masa 1.0 jam, 1.5 jam dan 2.0 jam di dalam ketuhar. Selepas dipanaskan, kiub konkrit ini dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Pemerhatian telah dibuat ke atas kiub konkrit yang telah dikenakan suhu tinggi dari segi perubahan jisim, perubahan warna, keretakan yang berlaku dan perubahan kekuatan mampatannya. Didapati pengurangan jisim kuib konkrit yang semakin ketara hanya berlaku dengan penambahan suhu pemanasan tetapi tidak dengan penambahan masa pemanasan. Di samping itu, warna kuib konkrit menjadi semakin putih dan keretakan semakin serius dengan penambahan suhu dan masa pemanasan. Melalui kajian, didapati penurunan kekuatan mampatan konkrit selepas dipanaskan lebih dipengaruhi oleh suhu pemanasan dibandingkan dengan masa pemanasan. Pada suhu pemanasan yang sama, kekuatan mampatan hanya akan turun dengan mendadak pada jam pertama semasa pemanasan. Ujian Tukul Menganjal dan Ujian Denyutan Ultrasonik telah dilakukan untuk menganggarkan kekuatan mampatan konkrit selepas didedahkan pada suhu yang tinggi. Carta penentukuran yang dihasilkan boleh digunakan untuk menganggarkan kekuatan mampatan konkrit gred 30 selepas terbakar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:surface hardness testing, rebound hammer, velocity of ultrasonic pulses, concrete
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Civil Engineering
ID Code:8427
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:28 Apr 2009 02:58
Last Modified:02 Jun 2010 01:55

Repository Staff Only: item control page