Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peningkatan Kualiti Produk (Billet) Melalui Teknik Asas Kawalan Kualiti

Che Mat Isa, Mohamd Azman and Mohd. Rohani, Jafri (2001) Peningkatan Kualiti Produk (Billet) Melalui Teknik Asas Kawalan Kualiti. Jurnal Teknologi A (34A). pp. 29-43. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
559kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/35/A/JT35...

Abstract

Teknik asas kawalan kualiti merupakan satu kaedah untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pengeluaran dan memastikan keperluan atau spesifikasi pelanggan dipenuhi. Dalam kajian ini, beberapa daripada tujuh teknik asas kawalan kualiti telah dipraktikkan untuk menyelesaikan dua jenis kecacatan utama dalam proses pengeluaran produk billet dalam industri keluli. Dua jenis kecacatan utama tersebut berdasarkan Gambar rajah Pareto ialah pin hole dan herotan. Dengan mengaplikasikan beberapa teknik asas kawalan kualiti seperti Gambar rajah Pareto, Carta Kawalan, Gambar rajah Sebab dan Akibat, Proses Keupayaan dan Rajah Serakan, beberapa pelan tindakan penyelesaian pembaikan telah digunakan untuk meningkatkan kualiti produk billet. Keputusan kajian menunjukkan kadar penurunan peratus dua jenis kecacatan utama tersebut, iaitu pin hole sebanyak 11% dan herotan sebanyak 2%.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembangunan Fungsi Kualiti, Kejuruteraan Nilai
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:840
Deposited By: Khalid Mazlan
Deposited On:22 Feb 2007 04:35
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page