Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

E-supervision dalam program latihan praktik pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Sulaiman, Esah and Aris, Baharuddin and Ali, Mohamad Bilal and Sharifuddin, Rio Sumarni and Tasir, Zaidatun and Zahiri, Megat Aman and Atan, Noor Azean and Abdullah, Zaleha and Sidek, Rosni Zamuddin Shah (2003) E-supervision dalam program latihan praktik pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Project Report. Faculty of Education, Skudai, Johor. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
837kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/44387451_...

Abstract

Latihan Mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari. Latihan ini juga merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus perguruan di Universiti Teknologi Malaysia. Penyeliaan latihan praktik yang dijalankan adalah berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal di mana aktiviti penyeliaan bermula dengan pra pengajaran diikuti dengan pengajaran atau pemerhatian dan diakhiri dengan pos pengajaran. Untuk menyokong dan memantapkan penyeliaan klinikal agar bimbingan dan penyeliaan dapat diberi terus menerus kepada guru pelatih, suatu strategi baru perlu diterokai. Memandangkan perkembangan penggunaan ICT dalam pendidikan masa kini, ada baiknya ICT ini diaplikasi dalam penyeliaan latihan praktik dengan melaksanakan ‘E-supervision’ di mana pelajar dapat menghubungi penyelia atau sebaliknya menerusi kemudahan emel dan sistem halaman web yang dihasilkan. Justeru itu, penyeliaan ‘E-supervision’ yang dihasilkan dalam melaksanakan penyeliaan latihan praktik secara elektronik telah dibangunkan bagi mempraktiskan konsep penyeliaan klinikal. Disamping itu penyelidikan terhadap keberkesanan perlaksanaan ‘E-supervision’ terhadap pengurusan penyeliaan latihan praktik turut dilakukan dan hasil dari data dan maklumat yang dikumpulkan menunjukkan respon yang baik daripada guru pelatih.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:latihan amali, guru pelatih
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:8396
Deposited By: Noor Aklima Harun
Deposited On:15 Apr 2009 07:52
Last Modified:14 Aug 2017 04:16

Repository Staff Only: item control page