Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan perisian (VORLATTE) menggunakan kaedah kekisi vorteks bagi menentukan ciri aerodinamik sayap sembarangan

Shamsudin, Zainul Rashid and Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri (1999) Pembangunan perisian (VORLATTE) menggunakan kaedah kekisi vorteks bagi menentukan ciri aerodinamik sayap sembarangan. Jurnal Mekanikal, 1 (7). pp. 36-55. ISSN 0127-3396

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://portal.psz.utm.my/psz/index.php?option=com_...

Abstract

Proses mereka bentuk sesebuah kenderaan seperti pesawat terbang terdiri daripada beberapa peringkat sebelum ia dapat disiapkan. Bermula dari kajian parametrik sehinggalah kepada peringkat fabrikasinya, setiap satu peringkat saling bersandar antara satu sama lain. Salah satu peringkat yang memainkan peranan terpenting ialah proses penganggaran ciri-ciri aerodinamik [1]. Dewasa ini pembangunan terhadap kaedah penganggaran masih lagi pada peringkat pengkajian biarpun beberapa keputusan komputer telahh memungkinkan segala teori yang telah lama wujud tentang penganggaran ciri-ciri aerodinamik. Ciri-ciri aerodinamik tersebut ialah seperti pekali daya angkat, daya seret dan tekanan. Antara kaedah yang menjadi kajian penganalisis aerodinamik ialah Kaedah Panel dan Kaedah Kekisi Vorteks [2]. Kemajuan teknologi komputer lewat 80an telah membolehkan pelbagai perisian yang berlandaskan kaedah ini dibangunkan. Namun begitu ketepatannya masih belum berupaya menyamai ujian terowong angin. Kertas kerja ini bertujuan menerangkan pembangunan sebuah perisian yang menggunakan kaedah kekisi vorteks, yakni satu kaedah yang dimajukan dari teori kelasik Ludwig Prandtl iaitu teori 'garis mengangkat' kepada teori 'permukaan mengangkat' sehingga terhasilnya ciri-ciri aerodinamik sesuatu bentuk jasad sembarangan [3 & 4].

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:aeronautical fluid dynamic, fundamentals of aerodynamics, computational aerodynamic
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:8317
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:22 Apr 2009 01:28
Last Modified:23 Oct 2017 01:42

Repository Staff Only: item control page