Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri and Ani, Farid Nasir and Mustapa, Azizi (2002) Kaedah pengurangan emisi dari pembakar lapisan tetap menggunakan udara tambahan/berperingkat. Jurnal Mekanikal (13). pp. 89-94. ISSN 0127-3396
PDF
126kB |
Official URL: http://jurnalmekanikal.fkm.utm.my/
Abstract
Kertas kerja ini menerangkan kajian keberkesanan kaedah pembekalan udara berperingkat bagi mengurangkan pancaran (emisi) dari pembakar lapisan tetap. Penggunaan udara berperingkat dapat mengurangkan penghasilan gas emisi yang berbahaya dengan melengkapkan proses pembakaran bahan api iaitu berlaku proses pengoksidaan yang lengkap kepada unsur-unsur di dalam bahan bakar semasa tindakbalas kimia berlaku. Hasil ujikaji menunjukkan penambahan udara berperingkat semasa pembakaran dapat mengurangkan peratus pembentukan nitrogen oksida, NOx sebanyak 50% dan karbon monoksida, CO sebanyak 25% berbanding pembakaran yang dilakukan tanpa kehadiran udara tambahan. Kadar pengurangan emisi semasa pembakaran bergantung kepada beberapa parameter iaitu kadar alir udara tambahan dan utama, kaedah suapan bahan bakar dan kadar suapan bahan bakar. Kesimpulannya udara berperingkat terbukti boleh mengurangkan kadar penghasilan emisi tetapi ia bergantung kepada beberapa parameter yang mesti dikawal bagi membolehkan ia dikawal pada tahap paling optimum.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | combustion processes, origin, measurement, control |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery |
Divisions: | Mechanical Engineering |
ID Code: | 8289 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 17 Apr 2009 01:01 |
Last Modified: | 16 Oct 2012 02:16 |
Repository Staff Only: item control page