Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis kestabilan statik membujur pesawat terbang ringan

Mansor, Shuhaimi (2002) Analisis kestabilan statik membujur pesawat terbang ringan. Jurnal Mekanikal (13). pp. 26-45. ISSN 0127-3396

[img] PDF
253Kb

Official URL: http://jurnalmekanikal.fkm.utm.my/

Abstract

Sebuah pesawat terbang ringan telah direka bentuk oleh kumpulan penyelidik Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membentangkan hasil analisis kestabilan statik membujur pesawat terbang setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap spesifikasi asal pesawat semasa pembinaan. Analisis ini akan memberikan maklumat berkenaan ciri-ciri kestabilan statik membujur seperti titik neutral, jidar statik, sudut penaik dan sudut serang pesawat semasa dalam keseimbangan. Ciri-ciri kestabilan statik membujur pesawat telah dinilai untuk keadaan trim yang berbeza seperti pada kedudukan pusat graviti dan kelajuan yang berlainan. Analisis telah dilakukan menggunakan perisian MathCAD untuk menyelesaikan persamaan serentak bagi mendapatkan parameter-parameter yang diperlukan. Hasil analisis dibentangkan dan graf-graf yang berkaitan juga diplotkan beserta kesimpulan dan perbincangan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:flight stability, automatic control, aeronautics
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:8284
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:17 Apr 2009 01:24
Last Modified:16 Oct 2012 02:11

Repository Staff Only: item control page