J. R., Ayu Bidiawati and Mohd. Yusof, Sha'ri and Nabi Baksh, Mohamed Shariff (2004) Penjadualan preemption menggunakan aturan pelepasan berprioriti dalam sistem bergangguan. Jurnal Mekanikal (17). pp. 48-55. ISSN 0127-3396
|
PDF
62kB |
Abstract
Kertas kerja ini membentangkan kajian yang bertujuan untuk mengemukakan panduan untuk membantu sesebuah syarikat dalam membuat keputusan terhadap penjadualan yang bergangguan. Penjadualan semula dicadangkan dengan melakukan ‘preemption’. Kajian dilakukan dengan pendekatan secara heuristik, iaitu dengan membandingkan beberapa kaedah aturan pelepasan berprioriti. Aturan pelepasan termasuk Masuk Dahulu Keluar Dahulu (First Come First Serve), Tarikh Siap Terawal (Earliest Due Date), Masa Proses Terpendek (Shortest Processing Time) dan Masa Proses Terlewat (Latest Processing Time) telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa aturan pelepasan Tarikh Siap Terawal lebih berkesan berbanding dengan aturan lain. Perbandingan dilakukan terhadap beberapa kriteria penilaian, seperti purata kelewatan (mean lateness), purata masa alir (mean flowtime), ‘mean tardy’, dan ‘throughput’.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penjadualan pengeluaran, aturan pelepasan, sistem bergangguan |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery |
Divisions: | Mechanical Engineering |
ID Code: | 8263 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 13 Apr 2009 07:00 |
Last Modified: | 21 Mar 2017 07:37 |
Repository Staff Only: item control page