Abdullah, Ahmad Baharuddin and Razali, Norhamimi and Mohd. Ripin, Zaidi (2004) Kajian kepuasan pelanggan terhadap produk pengguna untuk menyokong seni bina produk modular. Jurnal Mekanikal (17). pp. 1-14. ISSN 0127-3396
|
PDF
2MB |
Official URL: https://www.researchgate.net/publication/242283278...
Abstract
Rekabentuk modular merupakan suatu kaedah kejuruteraan yang mana dapat meringkaskan struktur dan konfigurasi sesuatu produk, proses atau sistem. Melalui pendekatan modular, sesuatu produk atau proses akan dapat berada di pasaran dengan cepat. Ini merupakan antara ciri-ciri kaedah reka bentuk yang amat sesuai untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbagai dan pantas masa kini. Untuk mencapai tujuan itu, suatu kaji selidik kepuasan pengguna dilakukan untuk mendapat maklumbalas terhadap sesuatu produk yang biasa digunakan seperti produk kipas angin. Keputusan yang diperolehi secara umumnya menunjukkan pengguna amat berpuas hati dengan 85% daripada pengguna mendapati prestasi produk secara keseluruhan adalah memuaskan. Pengguna juga mengharapkan kepelbagaian variasi dalam rekabentuk produk. Selain kriteria pemasangan, peleraian juga dititik-beratkan pengguna bagi memudahkan kerja mencuci habuk yang melekat. Seterusnya, keperluan ini akan disenaraikan mengikut keutamaan dan diterjemahkan ke dalam pernyataan reka bentuk. Berdasarkan keutamaan pengguna, keputusan menunjukkan data yang dapat menyokong seni bina produk modular yang telah dilakukan terhadap produk. Daripada reka bentuk semula, produk kipas angin didapati lebih ringkas dari segi fizikal, ruang untuk menaik-taraf dan meningkatkan variasi yang luas. Kajiselidik ini amat penting dalam melihat tahap kepuasan pelanggan selain dapat mengkaji peluang penerapan reka bentuk modular ke dalam produk sedia ada.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | senibina produk modular, kepuasan pengguna, prestasi, variasi |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery |
Divisions: | Mechanical Engineering |
ID Code: | 8261 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 24 Apr 2009 03:06 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 07:43 |
Repository Staff Only: item control page