Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan internet dalam menyalurkan maklumat korporat

Ali Khan, Mohd. Noor Azli and Ismail, Noor Azizi (2007) Penggunaan internet dalam menyalurkan maklumat korporat. Jurnal Kemanusiaan (9). pp. 25-37. ISSN 1675-1930

[img] PDF (Full Text) - Published Version
Restricted to Repository staff only

98kB
[img] HTML - Published Version
89kB

Abstract

Makalah ini cuba meneliti sorotan literatur mengenai pelaporan kewangan menerusi internet (PKMI). Bidang kajian ini dipelopori oleh sarjana barat yang mendapati bahawa terdapat beberapa laman web di Sweden telah dibangunkan sebelum tahun 1995 (Hedlin, 1999). Manakala di Malaysia, bidang ini turut mendapat perhatian para sarjana mulai tahun 1999. Makalah ini turut membentangkan beberapa sub tema kajian terdahulu yang boleh dibahagikan kepada beberapa komponen utama iaitu pelaporan menerusi internet, peranan internet dalam pelaporan korporat, definisi dan terma, pembangunan pelaporan dalam talian, dan kelebihan dan kekurangan pelaporan dalam talian. Seterusnya, peningkatan bilangan syarikat yang menggunakan internet sebagai saluran berkomunikasi menyebarkan maklumat merupakan satu perkara yang menarik untuk diselidiki. Oleh yang demikian, kajian literatur terdahulu telah menjadi asas bagi penyelidik untuk membuat kajian pada masa hadapan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pelaporan kewangan, pendedahan maklumat kewangan dan pelaporan kewangan menerusi internet
Subjects:H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:8133
Deposited By: Norshiela Buyamin
Deposited On:30 Mar 2009 01:43
Last Modified:03 Dec 2013 00:40

Repository Staff Only: item control page