Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis faktor penyebab stres di kalangan pelajar

Mahfar, Mastura and Zaini, Fadilah and Nordin, Nor Akmar (2007) Analisis faktor penyebab stres di kalangan pelajar. Jurnal Kemanusiaan (9). pp. 62-72. ISSN 1675-1930

[img] PDF (Full Text) - Published Version
Restricted to Repository staff only

88kB
[img] HTML - Published Version
70kB

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor penyebab stres di kalangan pelajar tahun dua yang telah menyertai Bengkel Pembelajaran Efektif (BPE), FPPSM. Kesemua subjek kajian seramai 30 orang pelajar dipilih berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah. Pengumpulan data adalah berdasarkan soal selidik yang telah dijawab oleh responden kajian. Kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min skor bagi mengenalpasti tahap stres, faktor-faktor penyebab stres dan strategi pengurusan stres di kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres pelajar adalah sederhana. Faktor kerjaya merupakan penyebab utama stres di kalangan pelajar, diikuti oleh faktor akademik dan faktor persekitaran. Manakala, strategi pengurusan stres yang biasanya digunakan oleh kebanyakan pelajar adalah strategi berbentuk tingkah laku.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:stress, stress factor, stress management
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:8125
Deposited By: Norshiela Buyamin
Deposited On:27 Mar 2009 07:50
Last Modified:26 Nov 2013 03:44

Repository Staff Only: item control page