Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi pembelajaran projek pembangunan produk multimedia kreatif secara kolaboratif

Mohd. Yassin, Siti Fatimah and Aris, Baharuddin and Omar, Abdul Hafidz (2006) Strategi pembelajaran projek pembangunan produk multimedia kreatif secara kolaboratif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 11 . pp. 24-35. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF
1MB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengembangan kreativiti pelajar secara interaksi sosial melalui projek pembangunan produk multimedia kreatif (PMK) di kelas literasi komputer (LK). Subjek kajian ialah seramai 103 pelajar tingkatan satu dan dua di sebuah sekolah luar bandar. Pengkaji berperanan sebagai instrumen utama kajian, peserta aktif, guru komputer dan pereka bentuk pengajaran. Teknik-teknik triangulasi pelbagai teori, kaedah dan data digunakan untuk mengukuhkan kebolehpercayaan dan kesahan kajian kualitatif. Kajian kes pelbagai, pendekatan symbolic interactionism dan pendekatan grounded theory digabungjalinkan dalam reka bentuk triangulasi pelbagai kaedah bagi pengumpulan dan penganalisisan data. Data yang terdiri daripada pelbagai sumber dan teknik dianalisis sehingga teori dasar dan model projek pembangunan PMK dibentuk secara induktif. Potensi kreativiti semula jadi pelajar sebagai pereka bentuk dm pembangun PMK boleh dikembangkan melalui strategi pembelajaran projek pembangunan PMK secara kolaboratif di kelas LK. Model ini boleh direplikasi dengan pengubahsuaian mengikut konteks prasarana multimedia di kelas-kelas komputer yang lain.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:multimedia, education secondary
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions:Education
ID Code:8018
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:16 Mar 2009 06:27
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page