Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak

Mohd. Razali, Nurul Amirah and Tasir, Zaidatun (2008) Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
778kB

Official URL: http://www.academia.edu/1057806/Rekabentuk_sistem_...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pembelajaran bagi tajuk konsep nombor untuk kanak-kanak prasekolah menggunakan pendekatan permainan yang menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Bruner. Selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar menerokai sesuatu yang baru, sistem ini dibangunkan menggunakan konsep belajar sambil bermain dimana ia menyediakan satu platform bagi kanak-kanak prasekolah untuk menerokai isi pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Proses pembinaan sistem ini dibangunkan berteraskan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat pembelajaran iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian lain iaitu Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5. Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan suatu sistem pembelajaran multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Diharapkan sistem pembelajaran ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kognitif, Kanak-kanak
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7988
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:09 Mar 2009 18:53
Last Modified:20 Oct 2017 06:08

Repository Staff Only: item control page