Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kamus multimedia interaktif juzclick

Ismail, Nurul Syazwani and Tasir, Zaidatun (2008) Kamus multimedia interaktif juzclick. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1042Kb

Abstract

Sejajar dengan perkembangan pesat dunia Teknologi Maklumat (IT) sejagat dan pembinaan rancak Koridor Raya Multimedia (MSC), wujudlah pelbagai istilah multimedia yang baru yang kebanyakannya masih belum pernah didengar sebelum ini. Maka ramai pelajar kurang memahami maksud sesuatu istilah multimedia itu. Pencarian makna sesuatu istilah secara manual menyukarkan pelajar serta melibatkan masa yang panjang. Disebabkan itulah, ramai pelajar lebih cenderung untuk memilih Internet sebagai sumber rujukan utama kerana ia menjadikan pembelajaran lebih cekap dan mudah. Justeru, projek ini merupakan pembangunan sebuah aplikasi multimedia yang merupakan satu dimensi baru kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam pembelajaran Teknologi Multimedia. Dengan berlandasakan kepada model pembangunan Reclusive, Reflective, Design & Development (R2D2) (Willis; 1995; 1998; 2000), kamus multimedia ini menggabungkan tiga rekabentuk laman web iaitu rekabentuk antaramuka yang berasaskan multimedia, rekabentuk interaksi yang berasaskan persekitaran Wikis manakala rekabentuk informasi adalah berasaskan Teori Andragogi. Dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 sebagai perisian utama, projek ini dibangunkan dengan berkonsepkan interaktif dan mesra pengguna. Diharapkan dengan pembangunan Kamus Multimedia Interaktif Web ini dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu istilah multimedia sekaligus dapat mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan carian istilah tersebut.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7986
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:09 Mar 2009 17:59
Last Modified:02 Jun 2010 01:50

Repository Staff Only: item control page