Yaakup, Ahris and Johar, Foziah and Abu Bakar, Siti Zalina and Bajuri, Haibenarsal (2006) Pendekatan penilaian kawasan sensitif alam sekitar menggunakan analisis multi-kriteria. Malaysian Journal of Environmental Management (10). pp. 43-57.
Full text not available from this repository.
Abstract
Kemampanan pembangunan fizikal, sosio-ekonomi dan alam sekitar adalahantara dasar-dasar yang terpenting dalam penyediaan RancanganPembangunan. Penilaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) menjadiagenda terpenting berikutan kepesatan pembangunan bandar, perindustriandanpertumbuhan ekonomi yang memberikan kesan kepada alam sekitar. Pelbagaikaedah dan analisis telah digunapakai untuk menilai KSAS mengikut keperluandan kawasan kajian. Kertas ini mengenengahkan kaedah penilaian multi-kriteria sebagai pendekatan dalammenentukan KSAS dan pembentukan senariopembangunan bagi pemilihan alternatif terbaik untuk rancangan pembangunan.Kaedah penilaian multi-kriteria menekankan ketelusan dan pengadilan subjektifdalam pemilihan set alternatif-alternatif yang melibatkan kepentingan‘stakeholder’ dan pembuat keputusan Integrasi kaedah perancanganberasaskan teknologi maklumat iaitu dengan penggunaan Sistem MaklumatGeografi (GIS) yang dapat memanipulasi dan menggunakan data reruang danbukan-reruang dapat menghasilkan keputusan perancangan yang lebih baik danrasional. Pembangunan pangkalan data dan kaedah permodelan reruangmemberikan dimensi baru terhadap analisis, penjanaan senario semasa danpersembahan data yang lebih baik dalam penentuan KSAS.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Divisions: | Built Environment |
ID Code: | 7968 |
Deposited By: | INVALID USER |
Deposited On: | 30 Mar 2009 04:07 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 06:40 |
Repository Staff Only: item control page