Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian keberkesanan kaedah pembakaran udara berperingkat ke atas pembakar berbahan api gas

Mohd. Jaafar, Mohamad Nazri and Sulian, Mohd. Sharul (2003) Kajian keberkesanan kaedah pembakaran udara berperingkat ke atas pembakar berbahan api gas. Jurnal Mekanikal (15). pp. 86-96. ISSN 0127-3396

[img]
Preview
PDF
5Mb

Abstract

Proses pembakaran dari pembakar yang menggunakan gas sebagai bahan api berkecenderungan untuk memancarkan emisi yang mengandungi pelbagai bahan cemar seperti NOx, CO, CO2 dan sebagainya. Emisi ini perlu dikurangkan kerana kesannya boleh mendatangkan bencana yang buruk ke atas hidupan di muka bumi. Oleh itu, kajian keberkesanan pembakaran udara berperingkat bagi pembakar ini amat penting bagi memastikan pembakar dapat beroperasi dengan cekap dalam keadaan penghasilan emisi yang rendah. Ujikaji dijalankan dengan cara mengawal parameter kadar alir udara pada nilai 7, 8, 9, 10 dan 12 g/s yang bersepadanan dengan nisbah setara 0.73, 0.86, 0.92, 1.0 dan 1.07. Hasil ujikaji menunjukkan bahawa terdapat pengurangan dalam bahan cemar NOx dan CO yang dihasilkan dengan menggunakan pembakaran udara berperingkat ke atas pembakar gas.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembakar gas, pembakaran udara berperingkat, CO, NOx, CO2
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:7954
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:30 Mar 2009 03:33
Last Modified:16 Aug 2012 08:29

Repository Staff Only: item control page