Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangunkan pemusar udara untuk kegunaan ke atas pembakar berbahan api cecair

Ahmad, Roazam and Mohd. Ja'afar, Mohammad Nazri (2000) Membangunkan pemusar udara untuk kegunaan ke atas pembakar berbahan api cecair. Jurnal Mekanikal, 1 (9). pp. 23-42. ISSN 0127-3396

[img]
Preview
PDF
919kB

Official URL: https://www.fkm.utm.my/~mekanika/

Abstract

Pembakar turbin gas merupakan salah satu komponen utama yang terdapat di dalam setiap enjin turbin gas. Fungsi dan keupayaan pembakar ini telah begitu lama dikaji secara terperinci oleh ramai saintis mahupun penyelidik tidak kira komponen pembakar yang mana sekalipun. Salah satu komponen utama pembakar ialah' pemusar udara. Melalui kertas kerja ini, kajian ilmiah, rekabentuk pemusar udara yang sesuai digunakan ke atas pembakar dun ujikaji pembakaran dibincangkan. Pemusar udara aliran jejarian dengan dua sudut pesongan bilah yang berlainan merupakan rekabentuk yang dibangunkan. Hasil ujikaji pembakaran yang dilakukan menunjukkan bahawa perbezaan sudut pesongan bilah menjadi parameter utama yang membezakan tahap penghasilan bahan cemar. Keputusan menunjukkan bahawa pemusar yang mempunyai sudut pesongan bilah yang lebih tinggi menghasilkan pengurangan di dalam emisi oksida nitrogen, NOx sebanyak 30.76% berbanding dengan sudut bilah pemusar yang lebih rendah. Emisi bahan cemar yang lain didapati meningkat dengan meningkatnya sudut pesongan bilah pemusar udara. Ini ditunjukkan oleh graf sulfur dioksida, SOz dan karbon monoksida, CO.

Item Type:Article
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:7947
Deposited By: Norshiela Buyamin
Deposited On:27 Mar 2009 08:21
Last Modified:02 Jun 2010 01:49

Repository Staff Only: item control page