Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh nombor pusar ke atas pengurangan emisi NOx dari pembakar berbahan api cecair menggunakan pemusar udara aliran paksi

Ahmad, Mohd. Haris and Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri and Ashrul Ishak, Mohamad Shaiful (2003) Pengaruh nombor pusar ke atas pengurangan emisi NOx dari pembakar berbahan api cecair menggunakan pemusar udara aliran paksi. Jurnal Mekanikal (16). pp. 79-90. ISSN 0127-3396

[img]
Preview
PDF
551Kb

Official URL: https://www.fkm.utm.my/~mekanika/

Abstract

Pemusar udara, selain menstabilkan nyalaan adalah satu bentuk kawalan pasif bagi mengurangkan emisi gas pembakaran. Bahan cemar yang keluar bersama gas ekzos terdiri daripada gas oksida nitrogen (NOx). Gas ini amat merbahaya dan membawa kepada pencemaran udara sekeliling. Penggunaan udara pusar didapati dapat mengurangkan emisi NOx ini. Kekuatan pusaran diukur melalui nilai nombor pusar yang dapat dikira semasa merekabentuk pemusar udara. Kadar emisi ini bergantung kepada sudut pesongan bilah pemusar tersebut. Di dalam kajian ini, pemusar aliran paksi yang mempunyai sudut pesongan 40°, 50°, 60° dan 70° digunakan bagi membuktikan keberkesanan penggunaan pemusar udara aliran paksi ke atas pembakar dan pengaruh nombor pusar dalam mengurangkan emisi dari pembakar. Daripada ujikaji yang dijalankan dapat dilihat semakin tinggi nombor pusar, emisi NO semakin berkurangan. Emisi NOx menurun sebanyak 36% apabila menggunakan pemusar aliran paksi bersudut 70° dibandingkan dengan pemusar aliran paksi bersudut 40°.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pemusar udara, emisi NOx, nombor pusar, emisi W, bahan api cecair
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:7923
Deposited By: Norshiela Buyamin
Deposited On:25 Mar 2009 08:37
Last Modified:02 Jun 2010 01:49

Repository Staff Only: item control page