Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perubahan sosial di kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi

Hassan, Zainudin and Abdul Ghaffar, Mohamad Najib and Omar, Abdul Hafidz (2008) Perubahan sosial di kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
125kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Perubahan sosial didefinasikan sebagai perubahan yang berlaku terhadap masyarakat dari satu tingkat kehidupan ke satu tingkat kehidupan yang lain. Perubahan sosial merupakan fenomena yang sentiasa berlaku dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan di universiti adalah untuk membekalkan ilmu, kemahiran, dan sikap untuk pelajar berkebolehan menangani kelangsungan hidup dan menghadapi perubahan dalam hidup masing-masing. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti perubahan sosial yang berlaku di kalangan pelajar dalam sistem pendidikan tinggi dengan melihat pemboleh ubah dan sasaran perubahan sosial.Terdapat empat objektif dan enam persoalan kajian yang ingin dicapai. Jenis penyelidikan yang dijalankan ialah penyelidikan pembangunan (Development Research). Reka bentuk kajian ini ialah kaedah penyelidikan rentas (Cross-sectional Design) yang dicadangkan oleh Cohen dan Manion (1989). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini berharap dapat mengenalpasti perubahan yang wujud dan membina model perubahan sosial di kalangan pelajar IPTA.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:penyelidikan pembangunan, perubahan sosial
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7912
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Feb 2009 00:54
Last Modified:29 Feb 2020 13:43

Repository Staff Only: item control page