Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Visualization application through computer network learning system (v-conels) in authentic learning environments for teachers programme

Atan, Noor Azean and Tasir, Zaidatun (2008) Visualization application through computer network learning system (v-conels) in authentic learning environments for teachers programme. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
146kB

Abstract

Terdapat banyak isu berkenaan visualisasi pendidikan dan pada masa kini kepentingannya semakin bertambah meningkat dalam pelbagai bidang pengajian. Secara umumnya, visualisasi boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang boleh dilihat atau nyata dan ia membuatkan sesuatu perkara lebih mudah untuk difahami (Jaime & Angle, 2004). Dalam kertas kerja konsepsi kajian ini membincangkan isu berkenaan penggunaan alat visualisasi dalam persekitaran pembelajaran autentik bagi program perguruan dalam mempelajari rekabentuk rangkaian komputer berdasarkan kepada pendekatan pembelajaran berasaskan situasi. Pembelajaran rekabentuk rangkaian komputer menerusi buku teks menyebabkan berlakunya situasi pembelajaran yang membosankan dan mengecewakan disebabkan oleh tiada penggunaan visualisasi yang mencukupi dan bersesuaian dalam penyampaian kandungan isi pelajaran untuk menggambarkan konsep topik itu. Oleh demikian, diharapkan dengan penggunaan visualisasi seperti grafik dan simulasi yang bersesuaian memberi kemudahan kepada guru-guru untuk lebih memahami aspek teoritikal yang mereka pelajari. Kami memulakan kajian ini dengan mempersoalkan berkenaan penggunaan visualisasi dalam sistem pembelajaran merekabentuk infrastruktur rangkaian komputer justeru pelajar boleh menghubungkaitkan pengetahuan teoritikal mereka dan faham bagaimana pengetahuan tersebut diaplikasikan pada keadaan dunia sebenar berdasarkan kepada ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi. Tahap literasi visual pelajar dikenalpasti dahulu sebelum rekabentuk sistem pembelajaran ini dibangunkan. Kami berharap dengan menggunakan pendekatan dan rekabentuk pengajaran ini pelajar dapat mempelajari infrastruktur rangkaian komputer dengan lebih jelas lagi dan dapat mempertingkatkan pencapaian mereka dari segi pengetahuan dan juga kemahiran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7909
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 08:37
Last Modified:02 Jun 2010 01:49

Repository Staff Only: item control page