Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan kursus reka cipta : pengalaman pengajaran dan pembelajaran di UTM

Mohd. Amin, Nor Fadila and Saud, Muhammad Sukri (2008) Pelaksanaan kursus reka cipta : pengalaman pengajaran dan pembelajaran di UTM. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
83kB

Abstract

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan mata pelajaran Reka Cipta dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian berbentuk deskriptif tinjauan ini melibatkan dua kumpulan responden. Kumpulan responden pertama terdiri daripada 5 orang pensyarah Reka Cipta manakala kumpulan responden kedua adalah 155 orang pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan dalam pengkhususan Kemahiran Hidup. Instrumen kajian yang digunakan adalah protokol temu bual dan soal selidik. Hasil kajian menjelaskan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah mahupun pelajar dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7908
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 08:34
Last Modified:10 Aug 2011 08:00

Repository Staff Only: item control page